Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cara Memasang Ubuntu 11.10 Ke Dalam Komputer/Laptop

Panduan Langkah Demi Langkah Memasang Ubuntu 11.10 Ke Dalam Komputer/Laptop

Ubuntu 11.10 atau kod namanya Oneiric Ocelot telah lancarkan. Sekiranya anda bercadang untuk mencubanya sendiri di dalam komputer/laptop anda, berikut adalah cara-cara mudah proses pemasangan yang boleh diikuti satu persatu.

1. Muatturun ISO Ubuntu di http://www.ubuntu.com/download/ubuntu/download. ISO Ubuntu ini bersaiz hampir 700MB. Sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas, sila minta pertolongan kawan untuk memuatturun fail ini.

2. Burn fail ISO berkenaan ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk data)

3. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HD. Sekiranya komputer anda tidak boot ke dalam Ubuntu, kemungkinan besar masalahnya adalah disebabkan boot priority ini.

4. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 tadi ke dalam tray CD/DVD kemudian restart komputer. Anda akan mendapati komputer akan boot ke dalam CD sekiranya boot priority adalah tepat.

5. Anda akan melihat skrin berikut muncul. Tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan bahasa. Dalam tutorial ini saya menggunakan "English".


6. Pada paparan kedua ini, saya lebih menyarankan anda memilih [Try Ubuntu without installing]. Sekali lagi tekan [ENTER] pada keyboard untuk membuat pemilihan.


7. Selepas anda masuk ke desktop live cd ubuntu, double-click pada ikon [Install Ubuntu 11.10].


8. Tetingkap seperti di bawah akan muncul. Sekali lagi, pilih [English] dan klik [Continue].


9. Langkah ini akan membuat semakan adakah komputer anda mempunyai ruang untuk pemasangan Ubuntu. Saya tidak menyarankan anda untuk tick pada 2 pilihan di bawah kerana ia melibatkan proses memuatturun data dari internet yang mungkin akan melambatkan proses pemasangan. Klik [Continue].


10. Langkah ke 10 ini akan menentukan dalam ruangan mana Ubuntu 11.10 akan dipasang. Ada 2 kes yang saya akan ulas di sini memandangkan langkah ini antara yang terpenting.

10.1 Hanya untuk pengguna advance sahaja.
Pilih [Something else] kemudian klik pada [Continue].


Kemudian, pilih partition yang ingin dipasang Ubuntu ke dalamnya. Pastikan ianya di format kepada filesystem yang anda kehendaki dan disetkan mount point kepada "/". Anda juga perlu mencipta partition swap anda sendiri sekiranya memilih langkah 10.1 ini.


10.2 Pilih [Erase Disk & Install Ubuntu]

Anda akan dibawa ke paparan berikut. Pilih partition yang ingin anda pasang Ubuntu pada [Select drive]. Grafik di bawah akan menunjukkan keadaan partition tersebut setelah Ubuntu dipasang padanya. Klik [Install Now].


11. Sambil proses pemasangan berlansung, anda akan dipaparkan beberapa paparan tetapan seperti berikut.

11.1 Tetapkan lokasi & time zone. Klik [Continue].


11.2 Tetapkan keyboard layout (biasanya English US). Klik [Continue].


11.3 Tetapkan maklumat diri & kata laluan. Klik [Continue].


11.4 Tetapkan gambar identiti anda. Anda boleh menggunakan webcam jika perlu. Klik [Continue].



11.5 Tunggu hingga proses pemasangan selesai.

Tips : Skip proses yang melibatkan muatturun data dari internet sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas.


12. Restart komputer/laptop anda.

13. Selamat datang ke dunia Ubuntu 11.10!
masukan password anda


14. Dekstop ubuntu 11.10.. yang hebat


Selamat mencuba..

sumber asal: http://melayubuntu.blogspot.com/2011/10/panduan-langkah-demi-langkah-memasang.html